Hi alls. Entry kali ni cuma nak upload gambar makcik aku kahwin je. Ni semua hasil air tangan aku ok. Dari proses mengambil gambar, mengedit sehinggalah mengupload. Sesaje jadi photographer tak berbayar :) Ni pun aku baru nak berjinak-jinak dalam bidang fotografi. Salah silap mohon dimaafkan.
Sorry, aku baru sempat edit yang ni jee. Yang lain coming soon yeah :)

Okay. That's all. I'm mengantuk. Nak tidur. Kang edit gambar time mengantuk entah hape-hape.

Bye uolls. *waving*



(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

Masa Depan Ku

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Macam biasa, hopefully sihat :) Okay, entry kali ni pun aku nak membebel-bebel tentang hidup and masa depan aku. 
Hmm, sekarang ni pun dah bulan 10. Lebih kurang dua bulan sahaja lagi untuk kita berada di tahun 2012.
Untuk itu, kita sepatutnya telahpun memikirkan azam tahun 2013. Apa azam korang semua ek? Aku dah ada suatu azam. Aku harap aku dapat laksanakan keazaman aku yang murni tuu. Cewaah ;D
Korang semua mesti tertanya-tanya kan apa azam aku? Mesti punya :) Okay, azam aku ialah:
Aku nak jadi seorang anak yang soleha serta dapat membanggakan kedua ibubapa ku dengan kejayaan, aku nak berhijrah ke arah yang lebih baik''.

The sentence ''Aku nak berhijrah kearah yang lebih baik'' mesti dah jadi persoalan korang kan?
Why? Why? Why and Why?!!

Okay, nak story ni :)
Seriously, aku teringin nak jadi seorang yang bertudung labuh, berjubah hitam and betul-betul menutup aurat. Macam ni:
Begini lebih cantik bukan? Tepuk dada tanya selera :)


Ini bukan bermakna sekarang ini aku tidak menutup aurat. Tidak sama sekali. Sekarang ni aku menutup aurat, bertudung semua. Tapi, aku nak jadi yang lebih baik dari itu. Biasalah, orang zaman sekarang, bertudung. Tapi baju ketat, seluar ketat. Aku taknak jadi macam tu. 
Aku nak jadi orang yang baik di mata semua orang termasuk di mata Allah :) Serious, aku betul2 teringin. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan keazaman aku tu. 
Semoga Allah sentiasa menunjukkanku ke jalan yang benar dan semoga Allah memudahkan segala urusanku dalam pada aku ingin mencapai keazaman yang aku idam-idamkan. Amin :)
Sekian,

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

Hidup Aku Seram.

Hai semua. Sihat? Rindu tak? Hehehe. Maklumlah, lama tak update blog. Yelah, kan dah start sekolah. Semua mesti busy. Lagi-lagi dapat kelas Pure Science. Memang kusut gilaa. Mostly sekolah dah ambik Pure Science tak payah dah ambik Prinsip Akaun. Tapi, sekolah aku. Kena ambik Pure Science and Prinsip Akaun. Memang nak pecah kepalaa lah. Aduii. Habis SPM, semua jadi gilaa. Macam ni -,-'':


Wah. Panjang aku merepek. Macam takde kene mengene dengan tajuk entry je. HAHA. Memang pun. 
Tajuk entry ''Hidup Aku Seram''.
Okay, i'll start my entry here.
Kalau pernah baca entry mula-mula dulu, korang taau lah kenapa aku jadi macam ni. Kalau tak, meh aku buat sedikit sinopsis.
Tahun lepas, aku ada pergi Sabah. 3 bulan selepas aku balik dari Sabah, aku mendapati bahawa aku diganggu oleh benda halus. Cara dia ganggu aku ialah, aku selalu nampak benda pelik-2 yang tak boleh disebutkan disini (Bukan ape, takut ada yang lemah semangat), kene tindih dengan benda berat masa tidur. Macam-macam lagilah.
Bila gangguan dah semakin teruk, aku pun cerita perkara ni pada mak aku. And then, mak aku cerita pada nenek aku. And nenek aku kata, pergi lah berubat dekat rumah Pak Cik Azli. 
Pada malam itu juga, mak dengan ayah bawak aku pergi berubat dan (PCA) mengatakan bahawa ada 2EKOR makhluk halus dalam badan aku dan benda ini ikut aku balik dari Sabah.
*****Sinopsis tamat*****

Okay. Hidup aku memang menyeramkan. Aip, baru sikit. Jangan takuut. 
Nak tahu apa yang menyeramkan tu? Meh aku cite.
Pada suatu hari, mak and ayah pergi Parit Raja. Jumpa kawan. Aku malas nak ikut sebab nanti bukan ade ape. Cume duduk je. Oleh sebab itu, aku pun tinggal. Duduk rumah sorang-sorang. Sambil-sambil tu, skype dengan my sayang. Hihi. 
Time tengah skype tu, aku dengar bunyi benda meletup-letup dekat depan rumah. Aku dengan slumber pergi menuju ke arah bunyi tu. Tak terlintas langsung perasaan takut tu sebab ingatkan jiran main mercun. Tapi, bila difikirkan, jam dah pukul 10. Rumah jiran pun dah gelaap gelita. Siapaa pulak main mercun. Tengok-tengok jugak. Mana tahu ada api. Pun takdaa. Hurr, pelik. Saya pun kembali masuk and kembali skype dengan my sayang. Masa tengah skype. Tiba-tiba dengar bunyi lesung batu jatuh atas bumbung rumah. Omakkau! Terkejut macam nak ape. Tapi i'm just ignore. Beberapa minit selepas itu, aku dengar bunyi orang tabur pasir dekat atas zink. Logikyaa, bila pasir ditabur di atas bumbung, ia pasti akan melorot kebawah oleh kerana tarikan gravity. *Ceh, sains ;D HAHA. Tapi, dalam hal ni, pasir tu tak melorot kebawah. Cuma bunyi orang tabur je. Takda melorot kebawah langsung. Aku pun hanya MENGABAIKAN sahaja bunyi ganjil tersebut.
Dalam hati memang dah seram. Bulu roma dah berdiri. :'( Bisik dalam hati ''Lagi sekali kau kacau aku, aku akan lari pergi rumah nenek ;D''. Sambung lagi skype dengan my sayang. Lepastu, dia ganggu lagi dengan cara cakar zink bumbung bilik aku. Bunyi dah JELAS gilaa. Aku pun ape lagi. Bagitahu dengan my sayang. Nak pergi rumah nenek. My sayang pun dah faham dengan keadaan saya. Dia pun suruh saya pergi cepat-cepat. Saya pun dengan COOLnya ambik lampu picit, jalan keluar, tutup pintu, pakai selipar. Jalan dekaat tepi rumah suluh atas bumbung dengan lampu picit. Cari-cari jugak benda tu. Manelah tahu jiran nak main Auwcak, Auwcak. HAHA. Tapi tengok atas bumbung KOSONG je. Takde ape-ape. Aku pun ape lagi. Lari pergi rumah nenek. Macam tak cukup tanah. HAHA. Dari jauh lagi dah jerit ''Dool! Bukak pintu Dol. Aku takut ni''. Huhu. Sampai je dekat rumah nenek, semua tanya kenapaa. Saya pun cerita. Semua buat muka SUPRISE and tak percaya. Kata saya tipu. Okay. Terpulang nak percaya atau tidaak. Tu semua hak korang. Kalau korang dah rasa nanti tahu lah tipu ke tak tipu :)
30 minit selepas kejadian, mama call rumah nenek. Tanya aku ade ke tak dekat sana. Bila dah tahu mak dengan ayah dah balik, aku pun jalan balik ke rumah. Perasaan takut memang ada. Tapi COOL :) HAHA
Bila dekat rumah dengan mak and ayah, tahu pulak bende tu tak kacau. Haih, aku pun pelik -,-''

****Tamat cerita satu****

Okay, cerita lagi satu. Nak dengar tak? Meh, aku cerita.
Pada satu malam, cuma aku dengan ayah yang ada dekat rumah. Mak aku kerje. Memandangkan adik-beradik ayah dari Segamat dan Terengganu balik kampung, ayah pun pergi rumah nenek. Aku banyak homework. Malas nak ikut. Siapkan homework lagi bagus *Ceh, belagak. Hehehe.
Bila homework dah siap, aku pun solat isyak and then tidur. Lagipun, hari dah lewat malam. 
Baring je atas katil, terasa takut pulaak lahaaii. Yelah. Dah pukul 12 32AM masih duduk dekat rumah sorang-sorang. Mana tak kecut. HAHA. As usual, kalau nak tidur, mesti berangan dulu. Dalam proses berangan tuu, terdengar bunyi orang heret besi dekat tar. Tahu kan macam mana bunyi dia?
Good! Hihi. Tak lama lepastu, aku dengar suara budak kecik main-main. Ketawa sana, ketawa sini sambil bunyi tayar basikal roda tiga jalan atas tar. Tahuu tak bunyi macam mana? Alaa, macam basikal adik korang yang tayar dia plastik keras tuu. Kalau jalan kan bunyi bising. Tak tahu jugak? Meh aku bagi contoh:-


Haa, lebih kurang macam ni lah. Comel kan? Hihi :* Haa, dah tauu kan? Haih. Kalau tak tahu jugak aku tak tahu lah nak cakap ape. 
Beberapa minit selepas gangguan basikal comel, aku diganggu lagi dengan bunyi orang jalan atas zink. Nak kata kucing, takkan lah zink tu sampai terlipat kedalam. Bunyi dia buaat gilaaa. Gedegang sana. Gedegang sini. Tak lama lepastu, ada motor lalu dekat tepi rumah.  Automatically SENYAP! Alhamdulillah.
Ayat kursi tak pernah putus aku baca. Tak lama lepastu, ayah pun balik. Terus takde ape-ape gangguan. And  aku pun tidur dengan Lena. Hihi.

****Tamat Cerita Dua****

Seterusnya, nak cerita tentang RASA HATI. Pada suatu malam, aku dan family pergi Al-Ikhsan. Aku mengada nak beli track suit. Hihi.
Pergi sebuah kedai makan yang dirahsiakan lokasinya. Tengok ramai gilaa orang. Ayah kata entah-2 sedap. Sebab tu ramai orang. Aku dengan mak and ayah pun turun dari kereta. Pergi duduk dekat meja yang kosong. Sebenarnya, masa dari jauh aku nampak kedai tu je, aku dah rasa lain macam. Nak tahu rasa ape? Rasa sedih bila tengok tempat tu. Sedih. Tak suka bilaa tengok tempat tu. Bulu roma meremang tu dah semestinyaa lah kan. Aku malas nak cerita hal sebegini pada orang. Sebab pemikiran orang zaman sekarang terlampau moden dan sukar untuk mempercayai cerita sebegini. Kalau aku cerita, mesti orang akan cakap ''perasaan kau je kot, alah kau ni menipu je, alah kau cerita nak real. Mesti punyaa, dah biasa dah. Sebab tu aku malas. Huurr. Okay, sambung balik. Tak sampai seminit berada dekat kedai tuu, ayah kata. ''Macam ramai je. Jom  cari kedai lain''. Dalam hal ni, aku rasa mesti korang semua dapat teka apa yang ada pada kedai tu kan. Bagi yang tak tahu, ni aku bagitahu. Nama dia ''PELARIS atau lebih dikenali sebagai MANDREM''. Aku cepat-cepat banguun! Hihi. Dalam kereta, aku diaam jee. Hur, maybe Allah masih nak lindungi aku sekeluarga daripada terkena pelaris kedai tu. 
Aku tak cerita pasal apa yang aku rasa pada hari tuu. Selang beberapa hari, aku baru cerita dekat mak aku.

****Tamat Cerita Tiga****

Kesimpulannya, makhluk-makhluk halus tu hanya akan ganggu aku bila aku ada sorang-sorang and kalau setakat lembaga atau kelibat hitam dan putih tu memang dah biasa bagi aku. (Bukan nak cakap besar, cuma nak beritahu). Sebenarnyaa, banyak gilaa benda yang aku nak cerita. Tapi, lelah aku nak taip. Huhu. 
Aku harap korang semua dapat ubah persepsi korang tentang makhluk halus ni. Mereka memang ada. Kalau ada orang cerita pasal dia terkena gangguan ke ape ke, tolong fahami mereka. Jangan bagi persepsi kurang bijak pada mereka. Okay?

***Tamat***

Dah Dah Dah. Jangan takut lagi. Senyum :) 
Akhir sekali, terima kasih kerana sudi baca blog saya :) 
Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada my sayang kerana sentiasa memahami saya :)
Okay. Babaii. Assalamualaikum semua :)
Written by:
Siti Humairah Zainuddin.
*Maaf atas penggunaan AKU pada pembaca yang lebih tua :)*


(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

PMR

Hai semua. Lama tak jumpa. Rindu la. Muehehehe. Okay, awak semua tahu kan result PMR keluar bila dan dah keluar pun. 
Semalam 22/12 dah terbukti segala-galanya. Pada hari sebelumnya, saya memang dah macam ''Cacing Kepanasan''. Tak senang duduk. 
Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang , semua ada :D
Malam 22 hb tuu, saya mimpi saya dapat [3a3b2c]. Lepas je mimpi tuu, rasa lega gillos. Alahaaii.
Seraam >.<
Bila saya duduk sorang-sorang, saya mesti kata ''Takut, Takut, Takut''. Sampai mama cakap, jangan takut.
Terima seadanya. Dah usaha kan? Hm,
Pukul 9 50a.m saya sampai di sekolah. duduk dekat kantin sampai pukul 11 . GRR >.<
Bila cikgu panggil ''Pelajar tingkatan tiga, sila masuk ke dewan sekarang''. Me feel like , ''Oh, i'm gonna die!'' 
Muahahaha. Gementar gillos. Berjalan pun dah menggigil. Alahaii. Kesian saya -,-''
Huh -,-''
Bila dah masuk dewan, kami menunggu lagi. Menunggu ucapan daripada Pengetua dan seterusnya menyampaikan slip  keputusan.
Bila nampak je pengetua jalan masuk dewan, kaki tangan semua menggigil :D
Mula-mula diumumkan nama siapa yang dapat 5A. Nama saya takde. Saya rasa, habislah. Name aku mesti kat belakang >.< 
Prosedur sekolah kami, siapa yang dapat 5A ketas, ambil slip yang disampaikan oleh pengetua di atas pentas.
Tidak lama kemudian, nama saya dipaparkan di screen besar dengan keputusan 6A2B.
Kami berempat (Satu Geng) dapat keputusan 6A! Nama pun sebaris je. Alhamdulillah. Berjuang sama-sama, dapat kejayaan juga sama-sama.
Nak tahu ke keputusan kawan kawan saya? Meh sini.
1.Siti Humairah binti Zainuddin ''me'' (6A2B) 'B' dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris.
2.Rashidah binti Rosdan (6A2B) 'B' dalam mata pelajaran KH dan BI.
3.Siti Nur Syahida binti Sairan (6A1B1C) 'B' dalam mata pelajaran Sains dan C dalam mata pelajaran BI.
4.Nadia Syafiqah binti Ngadiran (6A1B1C) 'B' dalam mata pelajaran BI dan C dalam mata pelajaran Sej.

Dah tahu kan? Okay, that's all. Thank You for reading.
I'll end up my entry here. Before that, i want to share a piece of picture. TAKE a look.
Enjoyy ;)
Muehehehe. Kita tak dapat A tegak pun ;)
Okay, bhooi. Thank for reading ;)


(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

(ಥ_ಥ) Bad News For Me (ಥ_ಥ)

Hai semua. Tiba-tiba saya gatal tangan pulak nak update blog. Muehehe. Hm, entry kali ini saya nak story kat you all tentang ''Bad Nows For Me''. Huh. For me this is really-really bad news. GRR, rasa nak terjun KLCC jee. Tapi tak boleh la. Belum bertaubat lagi T.T. Hm, entry ni cuma nak kongsi sedikit perasaan sedih dan kecewa yang sedang menguasai diri. Huhu.
Firstly, i want to say SORRY, SORRY and SORRY to Rashidah Rosdan (my best friend). Sorry tau Rashidah Rosdan. Saya takut awak KECIL HATI baca entry ini. I'm sorry key? T.T
Okay, i'll start my entry here.

Bila sebut je 'Cuti Sekolah', apa perasaan awak? Happy? Sedih? Nak lompat-lompat? Hm, setiap prang mempunyai persepsi yang berbeza. Bagi saya, cuti sekolah ialah saat-saat yang paling menyedihkan. What? I'm weird? Memang pun. Nak tahu kenapa? Hm, Okay. Saya cerita sekarang. 
Bila cuti sekolah, kita mana boleh jumpa kawan-kawan kita. Hm. bagi saya kawan laa tempat saya mengadu segala-galanya, tempat berkongsi kegembiraan dan macam-macam lagi. Dah faham kan? Okay, GOOD.
Okay, the story begains here. Hurr, baru nak mula? Yela, banyak sangat merepek. Muehehe -,-''
Okay, nak cerita ni . Dah ready belum? Dah? Okay, Good :).
Pada suatu hari, saya dengan Ikhwan tengah webcam. Lepastu, timbul idea untuk Hang Out. Kitorang dengan excitednyee pilih tarikh dah hari yang sesuai. Pilih, pilih dan pilih. Finally, kitorang jumpa jugak tarikh yang best dan sesuai. Kitorang pilih 19/12 sebab 18/12 Rashidah Rosdan (Deqda) balik dari KL.
Cuti sekolah ni, Deqda stay KL dengan makcik dia :)
Dia kata, Mak dia nak ambik dia hari Sabtu ni (17/12). Dari minggu lepas kitorang dok mengira hari jee. Pangkah kelendar lah ape lah. See? Betapa excitednye kitaorang :D

Pada suatu pagi yang indah, seperti biasa saya post dekat wall Deqda dengan hati yang gembira kerana tinggal lagi DUA hari nak jumpa.
Tiba-tiba dia kata ........ Nak tahu baca sendiri.
Klik untuk nampak lebih jelas. Okay? Good:)
Bila dia kata ''i have bad news for u''. Saya dah rasa lain macam. 
Hati berbisik ''Jangan kau tak jadi pergi dah la Deqda''. Sama seperti mana yang saya taip di atas.
Ternyata, tekaanku TEPAT sekali. Hati saya pada masa itu hanya Tuhan yang tahu.
Nak tahu sebab apa saya rasa kecewa? Sebab saya dengan Deqda dah rancang awal-awal dah.
Nak tengok cerita apa. Nak tunggu bas dekat mana. Nak pakai baju apa. Nak pakai baju warna apa.
Nak beli apa. Naik bas macam mana. Dah plan nak peluk-2 bila jumpa nanti, Dah plan nak pergi Kbox, and everything ;)
Semua dah rancang dari awal dah. Tapi tiba-tiba cancelled pulak. Lepastu, saya IM kawan saya lagi satu yang dah plan nak ikut sama. Saya bagitahu dia, Deqda tak dapat pergi Isnin ni. Kau nak pergi tak? Dia kata ''Kalau Deqda takde , malaslah!''. And me, Err , Okay *Hentak kaki :(
Hm, tapi takpe Deqda. Aku faham apa masalah kau sayang :)
Hm, nak tahu apa masalah dia? Eh, nak aje:D

Hm, Dia dapat emergency call dari Mak dia. Mak dia kata takboleh ambik dia hari Sabtu ni. Mak dia kena kerja. Cuma boleh ambik dia minggu depan. Dia kata dia menangis time tu jugak. Time tu dekat kedai makan. Dia dah tak kira dah orang nak kata apa. Huurr, Soo poor :( Then , kitorang pun IM , IM , IM *sambil nangis-nangis. Muehehe. Mesti laa sedih. Saya rindu Deqda soo much. Naaak sangat jumpa dia. Dah sebulan lebih kot tak jumpa. Hurr, miss you gila-gila Deqda.
Oh God. I'm really-really miss this moment. Can You repeat it back? *Impossible T.T
Honestly, mula-mula dapat tahu berita ni, saya seolah-olah tak dapat terima kenyataan.
At last, saya terima jugak kenyataan. Hm, saya sebagai seorang kawan, sepatutnya FAHAM keadaan kawan saya. Bukannya semakin memburukkan keadaan.*Sorry pasal tadi Deqda.
Hm, dia kata dia nak balik sendiri naik bas masa nak ambik result nanti. Tapi saya kata, jangan. Bahaya.
Dah la dia tu perempuan. Under 18 tu. Huhu. Dari KL sampai BP naik bas sorang-sorang. Huu, BAHAYAA!
Dia kata takpe. Aku sanggup. Untuk jumpa korang. Aku beranikan diri. Bila baca ayat dia tu, saya rasaa SEEDDIIH saangaaat. Kesian kau Deqda. Aku betul-betul respect pengorbanan kau Deqda. 
I'm really-really proud of you. And dia jugak cipta janji. Dia kata ''Aku JANJI, bila aku balik Batu Pahat nanti, aku akan jumpa kau. Aku JANJI!''. Bila dia kata cenggituu, saya terus menangis bagai nak gila. Menangis bukan sebab apa. Menangis sebab TERHARU. Demi seorang kawan, dia sanggup buat ni semua.
THANK YOU Deqda! 
Saya hanya mampu menangis, menangis dan menangis ='(

Hm, LASTLY, rancangan kami semua untuk Hang Out pada 19/12 telahpun dibatalkan atas sebab yang telahpun dinyatakan dengan panjang lebar di atas. Hmm, Deqda, aku BUKAN nak salah kan kau tau. Cuma, kitorang rindu kau. Kitorang nak jumpa kau sangat-sangat. Buat apa pergi kalau tak dapat jumpa orang yang sentiasa disebut-sebut. Kan? Betul tak? Sorry lagi sekali sayang. 
 Hm, takpe. Aku akan tunggu kau balik. Jika Allah izinkan, InsyaAllah kita akan dipertemukan.
Jangan sedih, jangan stress, jangan frust. Semua JANGAN. 
Yelah, tak semua yang kita rancang akan jadi kenyataan kan? Kita hanya mampu merancang. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya. 
Nampaknya, sampai disini sahaja entry kali ini. Sekali lagi saya memohon maaf dari Rashidah Rosdan. Jangan ambil hati Okay? Nak bagitahu, aku betul-betul sayang and rindukan kau! Jangan lupa aku Key?
Thanks for everything! Pasal tak jadi nak hangout tu, kau jangan sedih. Lain kali kan ada? Kan, Kan, Kan?
Hm, SUMPAH tak sabar nak jumpa kau! Huhu.
Okay, i'll end up all here. Thank You for reading my Cerita-Cerita Okay? Keep Following and Keep Waiting for the another AWESOME story. *Awesome ke? Muehehehe.
Okay, That's All. Thank you.
Sayyuuu hati bila tengok gambar ni. RINDU kau SAYANG T.T. Boleh jadi gila aku. 
Deqda, jangan nangis tau. Kesat air mata tu. Okay? Good. Sayang awak:( 
Okay, Bhaii. Assalamualaikum.






(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

(╯.╰) Ingat Senang ke Jadi Anak Tunggal?? (╯.╰)


Haii all Readers ! 
Sorry sebab dah lama tak update blog . Maklumlah , busy membuat persiapan Raya Haji . Hewhewhew .
Tanpa membuang masa lagi , saya nak CeritaCerita tentang sebuah topic yang agak menyentuh hati jugak la :'(
Okay , sebelum tu , kita nak bagitahu , kita ni ''Anak Tunggal''.
Bila sebut anak tunggal , semua orang mesti kata , ''Wah , untunglah ! Nak ape semua dapat ''.
Yes , i'm admitting . Nak ape semua dapat . Tapi tengok jugaklah . Takkanlah pada usia sekarang ni nak mintak kereta kot . Honestly , saya bukan anak manja . Mama dan Ayah saya GARANG ! 
K,dah merepek :B

Back to our topic .
Di sini , saya nak kongsi sedikit pengalaman menjadi anak tunggal . Okay , jadi anak tunggal memang bosan . Bosan ! Okay , Bosan ! 
Nak tahu kenapa Bosan ?
Sebab TAKDE kawan lah , Balik-balik menghadap LAPPY , FACEBOOK . Sampai kadang-kadang dah MUAK tengok FACEBOOK nih ! huhuhu .
Siapa yang dah ''friend'' dgn saya dekat FACEBOOK , tahu lah . Hari-hari saya Online kan ? Peace :D

Sekarang nak share cerita , ''Ingat Senang ke jadi anak tunggal ?''
Nak bagitahu , bila kita jadi anak tunggal , SURE lah Mak Ayah kita menaruh SEPENUH harapan pada kita . Kan ?
Sebagai ibu bapa , sudah pasti mereka ingin melihat anak-anak mereka berjaya right ?
Kalau adik beradik ramai , kalau sorang tu TAK berjaya , mungkin yang lain ada yang berjaya .
Kalau macam anak tunggal ? Siapa lagi ? Takda siapa kan ?

Bagitahu , BUKAN MUDAH menjadi anak tunggal !
BERAT Giloss tanggungjawab seorang anak tunggal [>.<]
Masa kita nak PMR , sekolah ada buat Majlis Penyerahan Taklif .
Mama kita tulis :-




SUMPAH , sedih ! baca bende ni :'(

SEE , betapa BERAT nyaa tanggungjawab sebagai seorang anak tunggal !
Ingat ! Memang TAK MUDAH menjadi seorang Anak Tungal ! Okay ? Now dah Faham kan ? GOOD !



Note : Saya meminta DOA daripada awak semua . Supaya dapat menjadi seperti mana yang Ibu Bapa saya mahukan :')
Sampai disini sahaja entry kali ini . Selalu-2 lah VISIT blog saya ! 






(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

Sepupu Saya Comel (乂⍲‿⍲乂)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to All readerss :')
Intro kali ini Maira nak CeritaCerita tentang ''Sepupu Saya Comel'' .
Maira ada 2 orang sepupu yang COMELCOMEL ! Maira sayang Mereka <3 :')
Nak kenal lebih lanjut ? Meh Maira cerita :')
Nama Mereka ialah :-
(✿◠‿◠)
Yang ini , Siti Aminah binti Arsad 
Atototoo , OMEY kann :')
Siti Aminah binti Arsad ni COMEL kann ! 
Kita sayang dia , sebab dia selalu tolong kita :')
Yang ini pulak :-
(✿◠‿◠)
Nama dia Nur Amira binti Samin .
 .
Dia pun COMEL , kita sayang dia !
Alaa kawankawan , GAMBAR dia tak banyak laa . SATU saja :'(
Yang ini pullak :')
(✿◠‿◠)
Nama dia Siti Humairah Zainuddin . 
Eh , macam kenal lah ! kenal ? *memang kenal punn :D
*Yang ini macam tak berapa nak Omey kann :')


Haa , sekarang ? Apa KOMEN awak-2 , siapa PALING COMEL ? HAHA ! 
*Mengada letuww :) .
Terima Kasih sebab sudi baca BLOG saya :')

 (✾◕ ‿ ◕✾ )
Kami Sepupu ! 

(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Semuanya Hak Milik Siti Humairah