Hidup Aku Seram.

Hai semua. Sihat? Rindu tak? Hehehe. Maklumlah, lama tak update blog. Yelah, kan dah start sekolah. Semua mesti busy. Lagi-lagi dapat kelas Pure Science. Memang kusut gilaa. Mostly sekolah dah ambik Pure Science tak payah dah ambik Prinsip Akaun. Tapi, sekolah aku. Kena ambik Pure Science and Prinsip Akaun. Memang nak pecah kepalaa lah. Aduii. Habis SPM, semua jadi gilaa. Macam ni -,-'':


Wah. Panjang aku merepek. Macam takde kene mengene dengan tajuk entry je. HAHA. Memang pun. 
Tajuk entry ''Hidup Aku Seram''.
Okay, i'll start my entry here.
Kalau pernah baca entry mula-mula dulu, korang taau lah kenapa aku jadi macam ni. Kalau tak, meh aku buat sedikit sinopsis.
Tahun lepas, aku ada pergi Sabah. 3 bulan selepas aku balik dari Sabah, aku mendapati bahawa aku diganggu oleh benda halus. Cara dia ganggu aku ialah, aku selalu nampak benda pelik-2 yang tak boleh disebutkan disini (Bukan ape, takut ada yang lemah semangat), kene tindih dengan benda berat masa tidur. Macam-macam lagilah.
Bila gangguan dah semakin teruk, aku pun cerita perkara ni pada mak aku. And then, mak aku cerita pada nenek aku. And nenek aku kata, pergi lah berubat dekat rumah Pak Cik Azli. 
Pada malam itu juga, mak dengan ayah bawak aku pergi berubat dan (PCA) mengatakan bahawa ada 2EKOR makhluk halus dalam badan aku dan benda ini ikut aku balik dari Sabah.
*****Sinopsis tamat*****

Okay. Hidup aku memang menyeramkan. Aip, baru sikit. Jangan takuut. 
Nak tahu apa yang menyeramkan tu? Meh aku cite.
Pada suatu hari, mak and ayah pergi Parit Raja. Jumpa kawan. Aku malas nak ikut sebab nanti bukan ade ape. Cume duduk je. Oleh sebab itu, aku pun tinggal. Duduk rumah sorang-sorang. Sambil-sambil tu, skype dengan my sayang. Hihi. 
Time tengah skype tu, aku dengar bunyi benda meletup-letup dekat depan rumah. Aku dengan slumber pergi menuju ke arah bunyi tu. Tak terlintas langsung perasaan takut tu sebab ingatkan jiran main mercun. Tapi, bila difikirkan, jam dah pukul 10. Rumah jiran pun dah gelaap gelita. Siapaa pulak main mercun. Tengok-tengok jugak. Mana tahu ada api. Pun takdaa. Hurr, pelik. Saya pun kembali masuk and kembali skype dengan my sayang. Masa tengah skype. Tiba-tiba dengar bunyi lesung batu jatuh atas bumbung rumah. Omakkau! Terkejut macam nak ape. Tapi i'm just ignore. Beberapa minit selepas itu, aku dengar bunyi orang tabur pasir dekat atas zink. Logikyaa, bila pasir ditabur di atas bumbung, ia pasti akan melorot kebawah oleh kerana tarikan gravity. *Ceh, sains ;D HAHA. Tapi, dalam hal ni, pasir tu tak melorot kebawah. Cuma bunyi orang tabur je. Takda melorot kebawah langsung. Aku pun hanya MENGABAIKAN sahaja bunyi ganjil tersebut.
Dalam hati memang dah seram. Bulu roma dah berdiri. :'( Bisik dalam hati ''Lagi sekali kau kacau aku, aku akan lari pergi rumah nenek ;D''. Sambung lagi skype dengan my sayang. Lepastu, dia ganggu lagi dengan cara cakar zink bumbung bilik aku. Bunyi dah JELAS gilaa. Aku pun ape lagi. Bagitahu dengan my sayang. Nak pergi rumah nenek. My sayang pun dah faham dengan keadaan saya. Dia pun suruh saya pergi cepat-cepat. Saya pun dengan COOLnya ambik lampu picit, jalan keluar, tutup pintu, pakai selipar. Jalan dekaat tepi rumah suluh atas bumbung dengan lampu picit. Cari-cari jugak benda tu. Manelah tahu jiran nak main Auwcak, Auwcak. HAHA. Tapi tengok atas bumbung KOSONG je. Takde ape-ape. Aku pun ape lagi. Lari pergi rumah nenek. Macam tak cukup tanah. HAHA. Dari jauh lagi dah jerit ''Dool! Bukak pintu Dol. Aku takut ni''. Huhu. Sampai je dekat rumah nenek, semua tanya kenapaa. Saya pun cerita. Semua buat muka SUPRISE and tak percaya. Kata saya tipu. Okay. Terpulang nak percaya atau tidaak. Tu semua hak korang. Kalau korang dah rasa nanti tahu lah tipu ke tak tipu :)
30 minit selepas kejadian, mama call rumah nenek. Tanya aku ade ke tak dekat sana. Bila dah tahu mak dengan ayah dah balik, aku pun jalan balik ke rumah. Perasaan takut memang ada. Tapi COOL :) HAHA
Bila dekat rumah dengan mak and ayah, tahu pulak bende tu tak kacau. Haih, aku pun pelik -,-''

****Tamat cerita satu****

Okay, cerita lagi satu. Nak dengar tak? Meh, aku cerita.
Pada satu malam, cuma aku dengan ayah yang ada dekat rumah. Mak aku kerje. Memandangkan adik-beradik ayah dari Segamat dan Terengganu balik kampung, ayah pun pergi rumah nenek. Aku banyak homework. Malas nak ikut. Siapkan homework lagi bagus *Ceh, belagak. Hehehe.
Bila homework dah siap, aku pun solat isyak and then tidur. Lagipun, hari dah lewat malam. 
Baring je atas katil, terasa takut pulaak lahaaii. Yelah. Dah pukul 12 32AM masih duduk dekat rumah sorang-sorang. Mana tak kecut. HAHA. As usual, kalau nak tidur, mesti berangan dulu. Dalam proses berangan tuu, terdengar bunyi orang heret besi dekat tar. Tahu kan macam mana bunyi dia?
Good! Hihi. Tak lama lepastu, aku dengar suara budak kecik main-main. Ketawa sana, ketawa sini sambil bunyi tayar basikal roda tiga jalan atas tar. Tahuu tak bunyi macam mana? Alaa, macam basikal adik korang yang tayar dia plastik keras tuu. Kalau jalan kan bunyi bising. Tak tahu jugak? Meh aku bagi contoh:-


Haa, lebih kurang macam ni lah. Comel kan? Hihi :* Haa, dah tauu kan? Haih. Kalau tak tahu jugak aku tak tahu lah nak cakap ape. 
Beberapa minit selepas gangguan basikal comel, aku diganggu lagi dengan bunyi orang jalan atas zink. Nak kata kucing, takkan lah zink tu sampai terlipat kedalam. Bunyi dia buaat gilaaa. Gedegang sana. Gedegang sini. Tak lama lepastu, ada motor lalu dekat tepi rumah.  Automatically SENYAP! Alhamdulillah.
Ayat kursi tak pernah putus aku baca. Tak lama lepastu, ayah pun balik. Terus takde ape-ape gangguan. And  aku pun tidur dengan Lena. Hihi.

****Tamat Cerita Dua****

Seterusnya, nak cerita tentang RASA HATI. Pada suatu malam, aku dan family pergi Al-Ikhsan. Aku mengada nak beli track suit. Hihi.
Pergi sebuah kedai makan yang dirahsiakan lokasinya. Tengok ramai gilaa orang. Ayah kata entah-2 sedap. Sebab tu ramai orang. Aku dengan mak and ayah pun turun dari kereta. Pergi duduk dekat meja yang kosong. Sebenarnya, masa dari jauh aku nampak kedai tu je, aku dah rasa lain macam. Nak tahu rasa ape? Rasa sedih bila tengok tempat tu. Sedih. Tak suka bilaa tengok tempat tu. Bulu roma meremang tu dah semestinyaa lah kan. Aku malas nak cerita hal sebegini pada orang. Sebab pemikiran orang zaman sekarang terlampau moden dan sukar untuk mempercayai cerita sebegini. Kalau aku cerita, mesti orang akan cakap ''perasaan kau je kot, alah kau ni menipu je, alah kau cerita nak real. Mesti punyaa, dah biasa dah. Sebab tu aku malas. Huurr. Okay, sambung balik. Tak sampai seminit berada dekat kedai tuu, ayah kata. ''Macam ramai je. Jom  cari kedai lain''. Dalam hal ni, aku rasa mesti korang semua dapat teka apa yang ada pada kedai tu kan. Bagi yang tak tahu, ni aku bagitahu. Nama dia ''PELARIS atau lebih dikenali sebagai MANDREM''. Aku cepat-cepat banguun! Hihi. Dalam kereta, aku diaam jee. Hur, maybe Allah masih nak lindungi aku sekeluarga daripada terkena pelaris kedai tu. 
Aku tak cerita pasal apa yang aku rasa pada hari tuu. Selang beberapa hari, aku baru cerita dekat mak aku.

****Tamat Cerita Tiga****

Kesimpulannya, makhluk-makhluk halus tu hanya akan ganggu aku bila aku ada sorang-sorang and kalau setakat lembaga atau kelibat hitam dan putih tu memang dah biasa bagi aku. (Bukan nak cakap besar, cuma nak beritahu). Sebenarnyaa, banyak gilaa benda yang aku nak cerita. Tapi, lelah aku nak taip. Huhu. 
Aku harap korang semua dapat ubah persepsi korang tentang makhluk halus ni. Mereka memang ada. Kalau ada orang cerita pasal dia terkena gangguan ke ape ke, tolong fahami mereka. Jangan bagi persepsi kurang bijak pada mereka. Okay?

***Tamat***

Dah Dah Dah. Jangan takut lagi. Senyum :) 
Akhir sekali, terima kasih kerana sudi baca blog saya :) 
Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada my sayang kerana sentiasa memahami saya :)
Okay. Babaii. Assalamualaikum semua :)
Written by:
Siti Humairah Zainuddin.
*Maaf atas penggunaan AKU pada pembaca yang lebih tua :)*


(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

No comments:

Post a Comment

Ehem-Ehem. Dah baca tu jangan buat-buat lupa.
Meh ringan-ringankan tangan untuk KOMEN :)

Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Semuanya Hak Milik Siti Humairah