Masa Depan Ku

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Macam biasa, hopefully sihat :) Okay, entry kali ni pun aku nak membebel-bebel tentang hidup and masa depan aku. 
Hmm, sekarang ni pun dah bulan 10. Lebih kurang dua bulan sahaja lagi untuk kita berada di tahun 2012.
Untuk itu, kita sepatutnya telahpun memikirkan azam tahun 2013. Apa azam korang semua ek? Aku dah ada suatu azam. Aku harap aku dapat laksanakan keazaman aku yang murni tuu. Cewaah ;D
Korang semua mesti tertanya-tanya kan apa azam aku? Mesti punya :) Okay, azam aku ialah:
Aku nak jadi seorang anak yang soleha serta dapat membanggakan kedua ibubapa ku dengan kejayaan, aku nak berhijrah ke arah yang lebih baik''.

The sentence ''Aku nak berhijrah kearah yang lebih baik'' mesti dah jadi persoalan korang kan?
Why? Why? Why and Why?!!

Okay, nak story ni :)
Seriously, aku teringin nak jadi seorang yang bertudung labuh, berjubah hitam and betul-betul menutup aurat. Macam ni:
Begini lebih cantik bukan? Tepuk dada tanya selera :)


Ini bukan bermakna sekarang ini aku tidak menutup aurat. Tidak sama sekali. Sekarang ni aku menutup aurat, bertudung semua. Tapi, aku nak jadi yang lebih baik dari itu. Biasalah, orang zaman sekarang, bertudung. Tapi baju ketat, seluar ketat. Aku taknak jadi macam tu. 
Aku nak jadi orang yang baik di mata semua orang termasuk di mata Allah :) Serious, aku betul2 teringin. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan keazaman aku tu. 
Semoga Allah sentiasa menunjukkanku ke jalan yang benar dan semoga Allah memudahkan segala urusanku dalam pada aku ingin mencapai keazaman yang aku idam-idamkan. Amin :)
Sekian,

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

(✿◠‿◠)SUKA tak? Kalau suka LIKE lah. THANK YOU. Sayang READERS blog saya(✿◠‿◠)

No comments:

Post a Comment

Ehem-Ehem. Dah baca tu jangan buat-buat lupa.
Meh ringan-ringankan tangan untuk KOMEN :)

Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Semuanya Hak Milik Siti Humairah